kunjungi laman baru kami...

Thursday 4 March 2010

tutup aurat

" pakai cantik2 ni nak pegi mana??"
" tak pegi mana. duduk rumah je"
" duduk rumah je, tapi pakai cantik-cantik"
" kenapa? duduk rumah tak boleh berhias ke? nak keluar je baru boleh berhias?"
" yelah. pakai cantik-cantik kenalah tunjuk pada lelaki di luar sana"
" kenapa perlu tunjuk pada mereka? kecantikan saya, saya hanya nak tunjuk pada suami saya nanti"
" sekarang kan belum kahwin. kenalah berhias-hias supaya dapat dilihat oleh semua lelaki"
" kalau tunjukkan pada semua, tak special lah untuk suami saya nanti. diri saya sangat berharga. tak terbeli dengan wang ringgit. takkan nak pamerkan secara free je. mana boleh"
" hmmmm...betul jugak tu"

dialog ni antara aku dan Hue Jon, teman cinaku yang bermalam di rumahku semalam.
mungkin sebagai non muslim, dia tidak tahu kenapa aku dan perempuan-perempuan Islam yang lain memakai tudung. aku cuba menerangkan sedikit demi sedikit menggunakan logik akal kerana aku tahu dia tiada pengetahuan tentang Islam. mudah-mudahan kata-kataku dapat membuka hatinya untuk lebih memahami Islam.


Aku terfikir, agaknya ramai wanita-wanita di luar sana yang berfikiran sama seperti Hue Jon. Aku mengaku kadang-kadang aku hampir terpengaruh dengan kata-kata teman-temanku di sini. Tetapi aku teringat sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi :
"...dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..."
.

Astaghfirullah aku tak boleh biarkan syaitan menghasutku.

Aku tahu sebab Allah menyuruh wanita menutup aurat adalah untuk menjaga kehormatan wanita itu sendiri.
"Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan 
berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih
mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)


Aku berharap agar wanita-wanita yang masih mendedahkan aurat sedar akan kepentingan
menjaga maruah mereka.


Aku ada menyimpan azam untuk mengikuti jejak langkah kawan-kawanku yang
bertudung labuh dan berbaju kurung walau di negara asing.

Moga Allah menguatkan hatiku untuk aku berubah sedikit demi sedikit.


luahan hati seorang insan
-lady in veil-

No comments: