Assalamualaikum sahabat sekalian...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan semoga sahabat-sahabat yang dikasihi berada dalam keadaan sihat walafiat dan baik-baik sahaja hendaknya...~ Merujuk kepada tajuk yang saya coretkan di atas...Tidak banyak pun,pasti ada sedikit perasaan ingin tahu kan..Apa yang cuba saya suarakan disini ialah...
~~Suatu masa kita akan menimpa pelbagai masalah.Tidak kiralah masalah dalam belajar, masalah berhadapan dengan rakan-rakan dan sebagainya...Kadangakala masalah yang dihadapi itu bertimpa-timpa...Bak kata pepatah Melayu, Mulanya seolah tiada penyelesaian sehingga kita hampir putus asa. Mulalah kita berfikir " sudah jatuh ditimpa tangga...!Ya Allah, apakah dosa dan silapku Ya Allah...Jahat sangatkah aku ini..Kenapa aku Ya Allah..." dan saya percaya pelbagai lagi persoalan dan rintihan yang datang mengundang di hati...Sehingga kita murung dan sedih sangat-sangat~~
~~Persoalannya sekarang, pernah kah kita terfikir tentang hikmah ataupun pengajaran yang ingin Allah berikan di sebalik semuanya itu...Sebelum kita merungut dan bersungut...Tidak pasti bagi sahabat-sahabat yang lain, bagi diri saya sendiri di kala kesusahan ini kita rasa lebih rapat dengan Allah..kita mula rindu dan kasih pada Allah..kerana apa??? kerana jauh dalam sudut hati kita..kita tahu bahawasanya Allah sentiasa mendengar, menerima rintihan hati hambanya..kita belajar erti kehidupan di muka bumi ini sebagai hamba yang perlu beramal kepadaNya...Kita akan mula terfikir dan kadangkala malu dengan Allah.."Ya Allah..selama ini aku terlampau pentingkan diriku, Ya Allah...Ampunilah aku..maafkanlah aku..sesungguhnya aku amat memerlukan mu...ketika susah, lebih-lebih lagi di kala senangku kerana kau akan sentiasa mengingatiku"~~
~~Disni juga saya ingin berkongsi...percayalah..bila kita rasa kita susah sangat..tiada org yang lebih susah daripada kita..sebenarnya kita salah...ada yang di luar sana menimpa dugaan besar yang mereka sendiri tidak pernah bayangkan...sebagai contoh..kejadian yang terjadi kepada Saudari Nazihah...siapa pernah sangka dia akan jatuh sakit...tetapi sebagai hambaNya kita perlu redha..kerana DIA lebih mengetahui...~~
~~ Marilah kita sama-sama berubah...kita sedarkan diri kita dari lena...Kasih dari Allah umpama graf infiti..tiada penghujungya...kenapa perlu kita kejar kasih yang tak pasti menjanji bahagia..sedangkan Allah sentiasa menyeru memanggil kita..Usahlah kita pentingkan diri...Jangan pikirkan Allah bila kita dilanda musibah sahaja...Dan bila dilanda onak dan duri di depan mata, kembalilah..selalu lah berdoa kepadaNya...~~
p/s:- bukanlah omong kosong, hanya isi hati yang ingin dikongsi..dan marilah sama-sama kita doakan Saudari Nazihah supaya cepat sembuh...AMIN
2 comments:
amin..:)
melawat orang sakit antara 11 jenis manusia yang didoakan malaikat. jom2 melawat nazihah.. sian die.. semoge diberi kudrat oleh Nya untuk kembali sehat. ameen..
Post a Comment