kunjungi laman baru kami...

Saturday, 6 March 2010

demi masa

sedar tak sedar, harini dah hampir ke penghujung. beberapa jam lagi, masuk hari esok.
terasa baru sebentar tadi bangun solat subuh dan bersiap-siap ke kelas.
begitu cepat masa berlalu.

manusia makin hari makin sibuk. yang bekerja sibuk dengan kerjanya.
dan kita pula sebagai pelajar, macam-macam yang perlu dilakukan. homework, report, dengan ujiannya lagi, revision dan macam-macamlah.
sampaikan 24 jam sehari tu rasa macam tak cukup.

namun, pernah tak kita terfikir, dalam 24 jam, berapa jam atau berapa minit sahaja yang kita
peruntukkan untuk menghadap Pencipta Yang Esa dan persediaan kita untuk hari akhirat.
akibat sibuk, solat pun dikerjakan dengan terkejar-kejar. solat fardhu pun tak terjaga, ni kan pula solat sunat. nak mengaji pun fikir dua tiga kali sebab takut tak cukup masa untuk study dll.

sedangkan mungkin lebih dari separuh hari kita peruntukkan untuk urusan dunia yang takkan habis.

Demi waktu, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh , yang saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran. (QS. Al ‘Ashr: 1-3).

surah al-Asr ada menerangkan bahawa orang-orang yang tidak menjaga masa adalah orang-orang yang rugi. adakah kita termasuk dalam golongan ini? jika kita dalam golongan ini, siapakah yang akan tersenyum gembira?..tentulah syaitan yang direjam.

nauzubillah.moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.


sebagai manusia, kita sepatutnya berterima kasih kepada Allah yang telah menciptakan kita dan mengurniakan pelbagai nikmat untuk kesenangan kita sendiri, disamping menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

cara berterima kasih adalah dengan meluangkan lebih banyak masa untuk Dia dengan bersolat, mengaji, berzikir dan macam-macam lagi.
waktu yang kita korbankan demi mencari keredhaannya insyaAllah akan dibalas dengan ganjaran pahala yang tidak terhingga. sehari kita akan terasa lebih bermakna dengan berkat dari Allah s.w.t.
tiada yang lebih berharga selain berkat dan ganjaran dari-Nya.

- lady in veil-

No comments: