pastinya semua tengah busy dengan kelas dan bermacam2 homework,presentation dan macam-macam lagi kan?
di kala busy dengan kerja masing-masing, jangan lupa untuk jaga kesihatan yea.
Seperti yang semua tahu, Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan.
Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan dan meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w : Seperti yang semua tahu, Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan.
"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan ( iman )
(hr ibnu majah).
Oleh itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana sihat merupakan anugerah berharga dari Allah s.w.t
"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu" (hr Bukhari)
Tapi disamping kita menjaga anugerah pemberian-Nya ini, kadangkala kita diuji dengan kesakitan. Jangan mengeluh kerana semuanya adalah dugaan untuk menguji kesabaran dan keimanan kita. Berusahalah untuk mencari penawar kerana setiap penyakit itu ada ubatnya insyaAllah.
Dalam satu peristiwa..orang arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat? maka sabda nabi : ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja..maka mereka bertanya, apakah penyakit itu?Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua"
(hr Ahmad)
Dan di akhirat nanti, manusia akan ditanya tentang nikmat dan salah satunya adalah kesihatan. Bagaimana manusia menggunakan nikmat anugerah Allah itu ketika hidup.
So sekarang jom kita sama-sama berusaha menjaga kesihatan. Pilih makanan yang berkhasiat, makan pada waktunya dan banyakkan minum air.Moga kita sentiasa cergas dan dapat beribadat dengan sempurna.
-lady in veil-
1 comment:
lavender sedang sakit selesema ㅠㅠ mohon doa kalian supaya lavender dapat beribadah dan bekerja kuat~~ ameen
Post a Comment