kunjungi laman baru kami...

Thursday, 11 March 2010

Mengapa takut untuk berubah?



kadangkala, seseorang itu ingin melakukan perubahan didalam diri mereka, tetapi mereka takut dan risau akan kritikan orang lain, mungkin juga mereka takutkan perubahan yang mereka lakukan itu hanya untuk sementara waktu. atau mungkin juga mereka tidak tahu bagaimana untuk berubah. disini, ingin sekali ana kongsikan pengalaman hidup seseorang yang ana kenal, yang sedikit sebanyak telah berjaya mengubah personality dirinya. Dari seorang yang suka berkawan, bergelak ketawa tanpa mengambil kira dihadapan bukan mahram atau tidak, kepada seorang yang tahu batas-batas untuk berakhlak dihadapan khalayak ramai, terutama dihadapan yang bukan mahram..insyaAllah semoga didalam perkongsian ini, sedikit sebanyak, semoga ia dapat menunjukkan jalan untuk kita melakukan perubahan didalam diri kita.


Islam merupakan agama yang amat menggalakkan penganutnya utk sentiase menjadi lebih baik. malah, sebolehnya, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah, menjadikan hari ini mesti menjadi lebih baik dari semalam. Cuba kita bayangkan, jika semua umat islam menyahut seruan ini.. alangkah indahnya masa depan setiap umat islam. Islam sendiri akan menjadi semakin mantap, disanjungi dan dihormati. Tapi mengapa perlu takut berubah? walhal kita tidak punyai masa yang lama untuk dilengahkan. Mungkin malam ini, atau mungkin semasa tidur kita akan meninggalkan dunia ini.


Ana teringat sewaktu ana kecil, ana terbaca sebuah kisah mengenai seorang hamba Allah yang mendapat hidayah dr Allah utk memeluk islam. Hamba Allah itu memeluk islam disaat umat islam didalam persediaan untuk berperang dan berjihad dijalan Allah. Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, mualaf itu terus mengikuti barisan pejuang2 islam yang lain menuju ke medan jihad. Dan dengan takdir Allah, mualaf itu syahid dijalan Allah. Alangkah beruntungnya mualaf itu. Dia mengambil keputusan utk mengubah hidupnya disaat2 hampir kepada ajalnya. Wlupun sebelum itu hidupnya bergelumang dgn dosa. adakah kita akan bertuah sepertinya?


Langkah yang perlu untuk melakukan perubahan didalam diri:


  1. Niat. Pastikan kita berubah dengan rela hati dan dengan niat demi untuk menambahkan keimanan kepada Allah s.w.t.

    Ini kerana, fisabilillah itu mampu menguatkan kita ketika bermacam ujian datang melanda.


    "Tidak ada paksaan
    untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah
    jelas
    jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang engkar kepada Thaghut(kejahatan) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya
    ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


    (AL-Baqarah: 256)


  1. Berubahlah secara sedikit-sedikit, iaitu memperbaiki diri secara berperingkat.


    Jangan berubah secara mendadak. Contohnya, dari tidak solat, terus bersolat sunat rawatib, berqiamulail, berdhuha dan sebagainya secara tiba-tiba. Diri kita tidak akan biasa dengan perubahan yang sangat drastik . Berkemungkinan, perubahan yang dilakukan itu tidak akan berkekalan. Oleh itu, biasakan diri ini dengan perubahan sedikit demi sedikit, apabila telah terbiasa dengan perubahan sedikit itu, ia akan membuatkan kita selesa dan bersedia utk melakukan perubahan selanjutnya.

  1. Teguhlah dengan pendirian barumu dan beristiqamahlah dengan amalan2 yang baik.


    Islam menggalakkan kita beristiqamah dalam beribadah. Orang yang beristiqamah dan berpendirian teguh akan dihormati oleh orang disekelilingnya. Musuh juga menggeruni orang islam yang berpendirian teguh, yang tidak goyah apabila disogok kekayaan maupun pangkat.


    Hadis Ke-21


    Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "


    "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu"."Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


    (QS 41: 30-32)


sebelum ana menutup entry ana ini, ingin ana paparkan petikan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


" Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka"

3 comments:

lavender said...

canteknye gambar tu.. kalaulah semua pakai mcm ni.. sgt cantek!

Anonymous said...

erm btul2. sejuk je mate memandang. ^^

-humble me-

Anonymous said...

sama2 islahkan diri kita insyaAllah :)