kunjungi laman baru kami...

Wednesday, 10 March 2010

ketika CINTA memanggil






Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca Kimchi Kimbab yang dikasihi dan dirindui sekalian. Semoga antum semua berada dalam kasih sayang dan rahmat Allah...

salam perkenalan dan salam ukhuwwah. saya memperkenalkan diri saya sebagai lavender.. dah lama rasanya ingin berjuang dan berkongsi hati nurani bersama-sama team kimchi kimbab... tapi lavender masih tidak bersedia lagi.. huhu.. dan akhirnya kekuatan itu datang pada saat yang berbahagia ini^^ Alhamdulillah.. nak tahu kenapa saya memilih lavender? sudah tentu sebabnya saya tersangat suka haruman lavender!! apa2 barang saya seperti pewangi rumah, pewangi toilet .. kesemuanya lavender. dan yang paling penting,, adalah warnanya... purple! ibu saya juga berkongsi minat yang sama dengan saya iaitu ungu =)=)


untuk yang pertama,, lavender ingin berkongsi dengan antum tentang sebuah filem. Kalau ada diantara antum yang masih belum tengok filem Perempuan Berkalung Sorban ,, bolehlah menonton filem ini ye~ cerita ini membuat lavender terkesan apabila seorang wanita yang sejak kecil bercita-cita memperjuangkan agamanya Islam. Anissa yang hidup di pesantren sentiasa diajarkan bahawa Islam membela laki-laki dimana perempuan itu sangat lemah. Dan dalam plot terakhir filem ini menunjukkan yang Anissa sentiasa mempertahankan Al Quran , Hadith dan Sunnah walaupun dianggap buku moden yang menyimpang.


" Syurga dan janji ALLAH ada dibawah telapak kaki kita.. Perempuan,, kamu jadi apa pun nanti,, pilihlah jalan ALLAH dengan rasa bebas....."

-petikan kata-kata Anissa-


ingin lavender kongsikan di sini juga kata-kata azimat dari seorang makcik yang datang melawat Seoul tempoh hari,,

perempuan tidak lemah.. semuda mana pun kita,, sekecil mana pun kita., sekurang mana pun kita,, kita bertanggungjawab untuk menyebarkan Islam. kerana.. apabila lepas berkahwin,, kita ada tanggungjawab terhadap keluarga. kita mula alpa, leka.. dengan tanggungjawab utama kita.. dan lepas dapat kerja pula,, kita mulai sibuk... bermacam-macam alasan.

jodoh.. kita sebagai wanita inginkan suami yang boleh membimbing kita. betul.. kita harus memilih suami yang berada di dalam tarbiyah.. tapi... tidak ramai lelaki yang faham tentang jalan INI.. jalan yang sangat payah. makanya,, kita tidak boleh berputus asa. lebih baik berkahwin dari tidak berkahwin. betul kan??

p/s:"Ya Allah, kurniakan kami zuriat dan persiapkan rahimku (kasihku) untuk melahirkan pejuang agamaMu. Sangat-sangat ku bermohon jika ia adalah terbaik untuk islamku"

oleh itu,, gunakanlah kuasa wanita.. yang boleh menundukkan mana-mana lelaki khususnya..
kita ajak rakan-rakan kita, kita ajak keluarga kita, kita ajak suami dan anak-anak kita supaya faham tugas sebenar kita di muka bumi. Ameen..

makanya, lavender ingin meniupkan semangat team kimchi kimbab dan pembaca di luar sana ,, walaupun kita dilahirkan sebagai wanita... kita adalah makhluk ALLAH. yang tidak terlepas dari tugas sebagai khilafah ( memimpin umat ke arah ibadah ). Sebelum memimpin.. sudah pasti kita haruskan mempersiapkan diri kita dahulu dari segi wajibat, pembacaan mathurat, solat tahajud, hafazan dan sebagainya.

"BUAT SESUATU UNTUK SAHAM AKHIRAT"

Disini lavender postkan lirik lagu Ketika Cinta Memanggil dari Opick (ost Perempuan Berkalung Sorban)~

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gementar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

macam mana?? dah bersemangat semua??? ayuh! kembali kepada cinta Ilahi!


Sekian,
dari Lavender.

1 comment:

Anonymous said...

salam wbt,
nk tgk la cite perempuan berkalong sorban tu ^^,

-humble me-