kunjungi laman baru kami...

Wednesday 31 March 2010

IKHLAS~

Pengertian Ikhlas


Perkataan ikhlas yang diguna pakai di dalam pertuturan seharian Bahasa Melayu adalah dipinjam daripada perkataan Arab. Namun, menurut pengguanaan bahasa Melayu ikhlas menurut kamus dewan membawa erti :

(dengan) hati yang suci, tidak menipu, tulus,sangat jujur dan rela hati.


Namun sebenarnya maksud ini adalah kurang tepat. Ikhlas berasal daripada perkataan Arab iaitu :

"akhlasa" yang bermaksud"membersihkan".



Menurut syara', apabila disebut perkataan ikhlas ia membawa maksud kalimah tauhid, iaitu ucapan:

"Tiada tuhan selain Allah"


Kerana itulah surah ke-112 di dalam al-Quran dinamakan surah al-Ikhlas kerana surah ini memperkatakan tentang mentauhidkan Allah.



Di dalam istilah usuluddin, ikhlas bermakna:

"Membersihkan atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya".
atau
"Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta'abbud kepada-Nya"


Dalam pengertian tauhid pula, ikhlas bermaksud:

"MengEsakan Allah atau hanya menyembah Allah dan mengibadahi Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan segala bentukkesyirikan dan perkara yang bertentangan dengan sunnah"



Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula berkata bahawa ikhlas membawa maksud:

'iradah wajhallahu ta'ala bil'amal wa tasfiatu min kulli shaubin zaatin audunyawin' yang bermaksud "mengkehendaki keredhaan AllahS.W.T dengan amal dan membersihkan amalan itu dari kecacatan yang bersifatdiri sendiri (spt. nafsu, sifat malas dan lain-lain) atau yang bersifat duniawi (spt. harta benda, puji-pujian).



Adakah sesuatu amal yang kita dilakukan akan diterima oleh Allah jika kita membenci untuk melakukannyaatau jika kita memaksa diri kita untuk melakukannya?



Contohnya, adakah seseorang yang tidak suka untuk memakai tudung, namun memaksa dirinya untuk memakai tudung kerana tahu akankewajipannya (iaitu kerana Allah taala) Pada kebiasaannya, kita akan berkata bahawa amalan tersebut adalah tertolak kerana si pelakuadalah tidak ikhlas kepada Allah. Dan kerana itulah, ramai diantara umat Islam sekarang cuma menunggu untuk hati mereka "terbuka" untukberubah berbanding berusaha untuk berubah.


Di sini saya ingin mengajak pembaca untuk memahami sepotong ayat daripada al-Quran

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu... [surah al-baqarah 2:216]



Oleh itu, marilah kita mempergiatkan amalan kita. Taat kepada Allah atas segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya walaupunperkara tersebut tidak kita sukai atau senangi. Kerana yang penting, bukan apa pendapat kita, tetapi apa pendapat Allah. Mari;


· kakak2ku yang tidak bertudung untuk mula memakai hijab walaupun itu adalah sesuatu yang engkau tidak senangi. Kerana jikaengkau memakainya kerana tahu bahawa Allah telah mensyariatkannya, maka engkau telah ikhlas (mentauhidkan Allah).

· saudara2ku yang tidak bersolat untuk tetap melakukan solat tak kira bertapa malasnya engkau untuk melakukannya. Keranajika engkau tetap melawan nafsumu dan menunaikan solat kerana sedar akan kewajibannya yang telah Allah tetapkan, maka engkau telahikhlas (mentauhidkan Allah).

· sahabat2tku untuk terus berusaha memperbaiki amalan mu, walaupun ia amatlah berat. Jika engkau melakukannya kerana ia adalah suruhan Allah menurut al-Quran dan Sunnah yang sahih. Maka engkau telah ikhlas(mentauhidkan Allah)


Dipetik dari hasil penulisan

Faisal Arba'in

Tuesday 30 March 2010


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., Rasulullah bersabda:

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".

[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

Friday 26 March 2010

biasa & luar biasa

assalamualaikum semua.

sewaktu -lady in veil- membelek2 laman facebook, terjumpa kata-kata yang -lady in veil- ingin berkongsi dengan pembaca kimchikimbab semua.

YANG BIASA & LUAR BIASA.....

1. Sembahyang

Yang biasa:
Ramai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa:
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .

2. Sedekah

Biasa :
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press,sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedeqah yang ikhlas akan dibalas oleh Allah.

Luarbiasa:
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata,tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Allah.

3. Berjaga malam

Biasa :
Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luarbiasa:
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Allah, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

4. Kerja

Biasa:
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita,
tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah,tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Allah punya kuasa.

Luarbiasa:
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Allah. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Allah. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Allah sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Allah .Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.



adakah kita orang yang biasa atau tergolong dalam golongan orang-orang yang 'luar biasa' ? tepuk dada, tanya iman

-lady in veil-

Thursday 25 March 2010

muhasabah di pagi hari

Wednesday 24 March 2010

Aku ingin..


Hari ini, check utusan..ana terbace beberapa tajuk mengenai Israel menyerang penduduk Palestine. Setiap kali ana terbuka tajuk berita mengenai penduduk islam tertindas oleh si penyangak yang tidak berperikemanusiaan itu, hati ana terasa sakit dan meronta2. Sering kali ana berdoa supaya ana dapat menjadi antara orang2 yang menyumbang untuk kenaikan semula islam.. agar nasib orang islam yang selama ini dipandang rendah dan ditindas akan terbela. insyaAllah suatu hari nti..

Tapi apa yang sangat menyedihkan, sesetengah umat islam tidak menghiraukan saudara seagama kita yang tertindas. Tidak kira di palestin, di U.S maupun di negara2 miskin yang lain. Ape yg lagi menyedihkan bile secare sedar atau tidak, umat islam itu sendiri menyumbang kepada berlakunya penindasan kepada saudara mereka sendiri. Seperti yang semua sedia maklum, penyaluran duit yang kite salurkan.. walaupun bukti sudah terang lagi bersuluh mengenai syarikat2 yang menjadi penyumbang besar akan kebangkitan Israel, tapi mengapa masih ada yang membutakan mata dan memekakkan telinga untuk masih menyumbang membeli barangan mereka..?

Mengapakah budaya kafir yang kita agungkan2, kita puja, kita ikuti… sedangkan islam itu sendiri sangat indah dan menghiburkan hati orang2 yang beriman dan bergembira dengan janji2 Allah s.w.t.

Adalah menjadi tanggung jawab kita utk mengetahui hal2 isu semasa yang berlaku didalam dunia islam. Apa terjadi pada saudara kite di Palestine, di Afghanistan, di Iraq dan sebagainya. Musuh akan terus menikam dari belakang. Mungkin kita sekarang alpa dengan nikmat keamanan yang Allah kurniakan di negara kite. Tp tersangatlah perlu untuk kita berhati2 dan berjaga.. musuh tidak akan hanya berdiam melihat.

Berpendirian teguhlah dengan agama islam. Keuntungan manakah yang lebih menguntungkan kalau bukan keuntungan di akhirat..

Mode: berkeluh kesah melihat dunia.. :/

Dibawah ini entry yg ana copy dr blog ustazah maznah..




JIKA ANDA TIDAK MAMPU

MEMBANTU SAUDARA YANG SEDANG BERJIHAD,

JANGAN HULURKAN BANTUAN KEPADA MUSUH YANG JAHAT!

JIKA ANDA BOIKOT, ANDA TAK AKAN MATI!

JIKA ANDA TAK BOIKOT, SAUDARA ANDA AKAN MATI!

SESIAPA YANG MENINGGALKAN SESUATU KERANA ALLAH, ALLAH GANTIKANNYA DENGAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DARIPADA ITU.

Tuesday 23 March 2010

Solat Dhuha murahkan rezeki

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )


-dipetik dari http://nursyirah.wordpress.com/

Saturday 20 March 2010

saya mahu yang sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

Entry yang lepas, saya mahu yang soleh. tapi kali ini saya mahu yang sahabat. menarik bukan? sebelum lavender dapat sahabat,, lavender sendiri kena menjadi seorang sahabat. Lavender ada ramai kawan, tapi bukan semua sahabat lavender. kerana apa? sahabat sangat susah untuk dicari. tidak mengambil masa sejam, tetapi mengambil masa bertahun-tahun.

lavender selalu mendapat teguran, nasihat dari rakan2 dan sahabat2 sekeliling tentang banyak perkara. kadang2 ada yang mengguris hati, kadang2 ada yang memuji. Dan teguran, nasihat dari mereka bukanlah secara direct or face to face. ada juga yang indirect dengan cara menceritakan masalah mereka kepada lavender. tiba-tiba terkena hidung batang sendiri.

TETAPI, dari situlah kita dapat mencari kelemahan diri kita yang sebenar, sekaligus mencari kesempurnaan. Sebagai contoh, ada kawan bertanya kepada lavender,
`bayangkanlah kalau suami kita tak cukup duit, asyik mintak kita sahaje. macam mane ye?`
lavender pun menjawab tanpa berfikir. `kenalah bersabar,,kalau dah berkahwin, kita kena terima baik buruk suami kita`
lalu dia pun membalas, `amboi,, senangnya hidup. kalau suami kita nak kahwin lagi satu macam mane? SABARRRRR`

huhuhu..lavender baru tersedar. pandai saje nasihat orang. mampu kah kita menjadi sepenyabar itu? adakah kita akan nasihat diri kita macam itu juga bila kena pada diri kita?

Inilah kelebihannya kalau kita bersahabat dengan ramai orang. Sahabat diumpamakan seperti laut, dan kita diumpamakan seperti kapal. tanpa laut kapal tidak boleh bergerak. Begitulah juga, Allah menciptakan segala sesuatu punyai kelebihan yang tersendiri. Daripada kita bersahabat, kita akan dapat muhasabah diri, mengenali diri dan memperbetulkan diri kita.

Oleh itu, dalam bersahabat, ikhlaskan diri menerima mereka seadanya samada baik atau buruk. Jangan hanya mencari sahabat waktu susah sahaja, dikala manis pun, kita kongsi bersama. kan molek tu..jangan sekali-kali sia2kan sahabat yang dikurniakan ALLAH kepada kita.






Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


[DOA RABITAH]



Friday 19 March 2010

It is not a part time job


Assalamualaikum dan ape kabar pembace KK sekalian? Macam mane dgn perjalanan seharian hari ni? Bg ana, hari ni sangat relaks..^^ walaupon homework byk yang menanti, tapi disebabkan kelas petang ana dibatalkan, ana rase mcm tgh holiday pulak.

Duduk sorang2 dirumah kadang2 membuatkan ana berfikir2. Antaranye ana teringat kenangan bersame makcik awi yang datang melancong ke korea tempoh hari. Walaupon cume bertemu tidak lebih dari 3 kali, ana rase byk yang ana dapat belajar dan patut ana contohi. Ana teringat kate2 makcik awi, "memang tiada paksaan didalam islam, cume kite rugi ataupon tak jer".

Ape yg ana faham dan terkesan dari kate2 makcik awi tu adelah, memang islam tidak mewajibkan kite selalu membaca alquran, bersolat sunat, bertahajud dll, cumenyer bile kite tak memanfaatkan mase2 kite dgn beribadat, kite yang akan rugi dengan kehilangan umur dan waktu yang semakin singkat ini secare sia2. Ya.. ana selalu mengigatkan diri ana (yang sentiase lalai ni) akan tujuan sebenar manusia diciptakan..

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling nasihat menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

(Al-Ash;1~3)

Ana pernah mengikuti satu program dimane peserta disuruh untuk mengeja perkataan "islam". Kita mengganggap islam itu merupakan kata nama khas, walhal islam itu sepatutnya adalah kata kerja. Kerana islam adalah agama yang merangkumi semua aspek seperti perbuatan, pertuturan, pergaulan, permakanan dan segala kerja2 harian kite yang berpandukan kepada syariat islam.

Kadang2, sedar tak sedar, kita melakukan islam seperti kerja sambilan. Waktu solat kite bersolat, waktu mengaji kita mengaji, tetapi bile tiba waktu berborak, kita mengatakan hal orang lain, apabila tengok tv..terkadang sehingga melalaikan, atau bercouple misalnya.. kadang2 ade yang terlupe batas2 syariat islam itu..

Mari kite sentiase bermuhasabah diri, perbaiki diri dan cuba yang terbaik. Nilailah diri kite dahulu sebelum menilai orang lain, Tiada siapa yang sempurna di dunia ini kecuali Nabi Muhammad S.A.W.

p/s: menuntut ilmu, memasak utk keluarga, mengemas rumah, melakukan kebaikan..even tersenyum juga dikira sebagai ibadah, yang penting kite niatkan semuanya kerana Allah ^^



Thursday 18 March 2010

One for all, all for one~

'Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar.' (Al-Anfal,8:46)



Bersatu

Artist: Raihan
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

husnuzzhon [bersangka baik]

Salam buat semua pembaca KK (kimchi kimbab) ... lama rasanya tak turun padang. hihi. kerana kekangan masa dan urusan dunia terasa amat mencengkam lavender sejak baru masuk sem ni.. mudah-mudahan antum semua berada dalam pelukan rahmat Nya..

Hari ini nak berkongsi sedikit perasaan lavender setelah beberapa peristiwa berlaku sejak dua menjak ni.. hurm.. minggu lepas, lavender nak beli sebuah buku..lavender dan seorang teman pergi ke sebuah kedai makcik dan pakcik ni dekat belakang sekolah... kami masuk,, bertanyakan tentang stok buku tu.. mereka berdua buat2 busy dan langsung tidak mengendahkan kami.. kami buat selambe aja duduk lama2 tunggu giliran nak tanya semula....

setelah orang berkurang, kami cuba mendekati lagi mereka,, `maaf.. stok habis.. yang ada edition yang lama..tapi kene ambil besok`... lalu kami setuju untuk order satu sahaje.. esoknya pergi sekolah jumpa rakan2 .. mereka semua sudah beli yang the latest edition untuk buku itu.. kami hampa.. runsing.. kenapa mereka dapat? sedangkan kami x dapat yang latest...............

pada waktu tengahhari kami pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan buku yang sudah ditempah. kami bertanya lagi tentang the latest edition buku itu .. hampa..macam biasa.. mereka buat tak layan,.. lalu berkata... nanti dah keluar yang latest kami call.. namun tiada panggilan pun dari mereka

sampailah satu ketika, kami cuba menterjah lagi ke kedai itu,,as usual mereka kata tinggalkan number phone,, kami akan call.. sampai satu tahap,, kami berasa sangat marah. sangat pelik. sangat kelakar. bagaimana kawan2 kami dapat yang latest.. tapi kami masih mendapat jawapan yang sama.. Astaghfirullah..

lalu, kami decide.. mintak bantuan seorang ikhwah untuk tolong belikan pada pihak kami. kami mengekori dia tanpa masuk ke dalam kedai. dengan mudah nya dia mendapatkan buku yang kami mahukan itu....





Cumanya, itu sekadar pendahuluan kepada apa yang cuba disampaikan. Banyak lagi cabaran kita sebagai muslim yang hidup di kalangan kafir. Banyak anasir2 jahat yang cuba menjatuhkan kita.

Namun begitu, Cabarannya kepada kita adalah untuk bersangka baik. Kepada siapa? Bersangka baik kepada Allah dan juga sesama manusia.

Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan.. ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..hebat!

Dalam menghadapi sesuatu perkara, hendaklah didahulukan bersangka baik (Husnuzzhon) kerana firman Allah dalam surah al-Hujuurat ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain."



lavender cuma rasa terkilan dengan mereka. tapi setiap apa yang berlaku, ada petunjuk dan hikmah yang ALLAH nak tunjukkan.. Bersangka baiklah dengan ALLAH. Perjalanan kita masih panjang,. Moga ALLAH memelihara hidup kita.

Tuesday 16 March 2010

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat...'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info

HAMBA ALLAH

~ Ilmu hak bersama.. ~


ps: hanya meng kopi dan pes sahaje dari emel saye dapat. jzkk~ sama2 kita menjadi antara 11 jenis manusia ini. Ameen.

jom jaga kesihatan

apa khabar semua?
pastinya semua tengah busy dengan kelas dan bermacam2 homework,presentation dan macam-macam lagi kan?
di kala busy dengan kerja masing-masing, jangan lupa untuk jaga kesihatan yea.

Seperti yang semua tahu,
Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan.
Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan dan meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan ( iman )
(hr ibnu majah).


Oleh itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana sihat merupakan anugerah berharga dari Allah s.w.t

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu" (hr Bukhari)

Tapi disamping kita menjaga anugerah pemberian-Nya ini, kadangkala kita diuji dengan kesakitan. Jangan mengeluh kerana semuanya adalah dugaan untuk menguji kesabaran dan keimanan kita. Berusahalah untuk mencari penawar kerana setiap penyakit itu ada ubatnya insyaAllah.

Dalam satu peristiwa..orang arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat? maka sabda nabi : ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja..maka mereka bertanya, apakah penyakit itu?Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua"
(hr Ahmad)


Dan di akhirat nanti, manusia akan ditanya tentang nikmat dan salah satunya adalah kesihatan. Bagaimana manusia menggunakan nikmat anugerah Allah itu ketika hidup.

So sekarang jom kita sama-sama berusaha menjaga kesihatan. Pilih makanan yang berkhasiat, makan pada waktunya dan banyakkan minum air.Moga kita sentiasa cergas dan dapat beribadat dengan sempurna.


-lady in veil-