Pengertian Ikhlas
Perkataan ikhlas yang diguna pakai di dalam pertuturan seharian Bahasa Melayu adalah dipinjam daripada perkataan Arab. Namun, menurut pengguanaan bahasa Melayu ikhlas menurut kamus dewan membawa erti :
(dengan) hati yang suci, tidak menipu, tulus,sangat jujur dan rela hati.
Namun sebenarnya maksud ini adalah kurang tepat. Ikhlas berasal daripada perkataan Arab iaitu :
"akhlasa" yang bermaksud"membersihkan".
Menurut syara', apabila disebut perkataan ikhlas ia membawa maksud kalimah tauhid, iaitu ucapan:
"Tiada tuhan selain Allah"
Kerana itulah surah ke-112 di dalam al-Quran dinamakan surah al-Ikhlas kerana surah ini memperkatakan tentang mentauhidkan Allah.
Di dalam istilah usuluddin, ikhlas bermakna:
"Membersihkan atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya".
atau
"Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta'abbud kepada-Nya"
Dalam pengertian tauhid pula, ikhlas bermaksud:
"MengEsakan Allah atau hanya menyembah Allah dan mengibadahi Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan segala bentukkesyirikan dan perkara yang bertentangan dengan sunnah"
Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula berkata bahawa ikhlas membawa maksud:
'iradah wajhallahu ta'ala bil'amal wa tasfiatu min kulli shaubin zaatin audunyawin' yang bermaksud "mengkehendaki keredhaan AllahS.W.T dengan amal dan membersihkan amalan itu dari kecacatan yang bersifatdiri sendiri (spt. nafsu, sifat malas dan lain-lain) atau yang bersifat duniawi (spt. harta benda, puji-pujian).
Adakah sesuatu amal yang kita dilakukan akan diterima oleh Allah jika kita membenci untuk melakukannyaatau jika kita memaksa diri kita untuk melakukannya?
Contohnya, adakah seseorang yang tidak suka untuk memakai tudung, namun memaksa dirinya untuk memakai tudung kerana tahu akankewajipannya (iaitu kerana Allah taala) Pada kebiasaannya, kita akan berkata bahawa amalan tersebut adalah tertolak kerana si pelakuadalah tidak ikhlas kepada Allah. Dan kerana itulah, ramai diantara umat Islam sekarang cuma menunggu untuk hati mereka "terbuka" untukberubah berbanding berusaha untuk berubah.
Di sini saya ingin mengajak pembaca untuk memahami sepotong ayat daripada al-Quran
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu... [surah al-baqarah 2:216]
Oleh itu, marilah kita mempergiatkan amalan kita. Taat kepada Allah atas segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya walaupunperkara tersebut tidak kita sukai atau senangi. Kerana yang penting, bukan apa pendapat kita, tetapi apa pendapat Allah. Mari;
· kakak2ku yang tidak bertudung untuk mula memakai hijab walaupun itu adalah sesuatu yang engkau tidak senangi. Kerana jikaengkau memakainya kerana tahu bahawa Allah telah mensyariatkannya, maka engkau telah ikhlas (mentauhidkan Allah).
· saudara2ku yang tidak bersolat untuk tetap melakukan solat tak kira bertapa malasnya engkau untuk melakukannya. Keranajika engkau tetap melawan nafsumu dan menunaikan solat kerana sedar akan kewajibannya yang telah Allah tetapkan, maka engkau telahikhlas (mentauhidkan Allah).
· sahabat2tku untuk terus berusaha memperbaiki amalan mu, walaupun ia amatlah berat. Jika engkau melakukannya kerana ia adalah suruhan Allah menurut al-Quran dan Sunnah yang sahih. Maka engkau telah ikhlas(mentauhidkan Allah)
Dipetik dari hasil penulisan
Faisal Arba'in