Walaubagaimanapun, akal dan fikiran dikendalikan oleh seketul daging di dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai hati. Hati ibarat raja di dalam sesebuah negeri yang diindungi dan dikelilingi oleh seluruh anggota badan. Sesuai dengan tugasnya sebagai raja, hati memerintahkan seluruh anggota badan supaya bertindak.
Justeru itu, tindakan yang dilakukan itu sama ada berupa kebaikan atau kejahatan banyak bergantung pada hati itu sendiri.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, sabda Rasulullah s.a.w :
“Hati adalah umpama raja dan anggota tubuh badan sebagai pengawalnya, apabila raja memerintah dengan baik, pengawalnya tentulah bertugas dengan baik juga, apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, sudah tentu pengawalnya pun begitu juga”
“ Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya ia buruk maka buruklah kesemuanya. Ketahuilah ia adalah hati.”
Hati boleh dibahagikan kepada tiga kategori.
1) Hati yang sihat
Hati yang sihat ialah hati yang bersih daripada keinginan untuk melakukan perkara yang melanggar Allah dan larangan-Nya termasuklah perkara-perkara yang meragukan. Ini bermakna hati yang sihat bebas daripada menjadi hamba kepada syaitan. Ketaatan, harapan, rasa takut, keredhaan dan taubat mereka hanya kepada Allah semata-mata.
Orang-orang yang memiliki hati yang sihat sentiasa tunduk dan patuh kepada semua perintah Allah . Setiap perbuatan mereka diniatkan hanya kerana Allah. Mereka mencintai dan membenci kerana Allah.
Pada hari akhirat kelas, mereka yang mempunyai hati yang suci, sihat dan bersih adalah orang yang paling bahagia apabila bertemu dengan Allah.
2) hati yang mati
Hati yang mati adalah lawan bagi hati yang sihat, Ini bermakna, orang yang hatinya mati adalah orang yang tidak mengenali Tuhan dan tidak pernah menyembah serta menurut perintah-Nya. Hati mereka dikuasai hawa nafsu dan hanya menurut kehendak hati. Fikiran mereka hanya dipenuhi oleh keinginan untuk memenuhi kehendak-kehendak dunia. Andai mereka memberi sesuatu, ia adalah semata-mata kerana keinginannya untuk memberi bukanlah untuk mendapat keredhaan Allah.
Hati seperti ini pada zahirnya tampak sihat tetapi di dalam hati sudah teruk dan sukar diubati., Orang yang memiliki hati yang sakit ini pada mata kasar memamg mencintai Allah, mempercayai-Nya, ikhlas menghambakan diri dan berserah kepada-Nya. Namun hakikatnya, ia berlawanan dengan perkara sebenar.
Hati yang seperti ini sebenarnya mempunyai perasaan cinta pada hawa nafsu antaranya hasad dengki, sombong, riak dan bermacam lagi.
Keadaan hati yang sakit ini membawa ke arah dua jalan.
Jalan pertama mengajaknya kembali kepada Allah dan rasul-Nya serta hari akhirat. Jalan yang kedua pula mengajaknya kepada kemewahan dunia. Antara kedua-duanya, hati akan memenuhi ajakan mana-mana jalan yang lebih hampir kepadanya.
Di antara ketiga-tiga hati tersebut, hati yang manakah yang kita miliki?
Jika hati yang sihat, alhamdulillah. Berdoalah kepada Allah moga hati yang suci itu dapat dikekalkan.
Jika anda memiliki hati yang mati dan hati yang sakit, segeralah kembali kepada-Nya. Mohonlah ampun atas segala kesilapan. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Penyayang. Moga hati itu kembali hidup dan sihat.
No comments:
Post a Comment