kunjungi laman baru kami...

Monday, 31 May 2010

break the siege


PERKEMBANGAN TERBARU :-

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/133181







Mari kita sama-sama memohon doa agar konvoi ini selamat tiba di Gaza.

BREAK THE SIEGE...THE WORLD IS WATCHING..
LIFE FOR GAZA!!!!


untuk maklumat terkini , layari :

http://www.livestation.com/channels/52?page=2 (live streaming)

http://www.lifeline4gaza.org/ ( laman rasmi LL4G)

Friday, 28 May 2010



Wahai sekeping kertas
biarlah aku menulis dengan sepenuh perasaan tanpa ragu-ragu
biarlah aku menulis tanpa sedikit pun kekesalan dalam diri ini
biarlah aku menulis bersama duniaku yang dipenuhi dengan bermacam-macam imaginasi
biarlah aku menulis dengan airmata yang mengalir kerana sedih, gembira
kerana aku hanyalah manusia lemah yang selalu melakukan dosa
kerana aku jugalah manusia lemah yang selalu melupakan DIA

Aku hidup hanya kerana aku adalah khalifah di muka bumi ini
tetapi aku tahu aku gagal menjadi khalifah itu
di Luh Mahfuz dulu, aku pernah berjanji yang aku akan beribadah hanya untuk-MU
tetapi aku gagal melaksanakannya

Aku lalai dengan duniawi
yang penuh dengan drama, tipu daya
aku leka dengan zaman ini
yang penuh dengan gelak ketawa, tetapi beronak liku
aku tertipu dengan semua ini
aku termakan dengan janji-janji yang BODOH


Ampunkan aku wahai YA RAHMAN YA RAHIM
ampunkan aku yang terlalu leka dengan duniawi
ampunkan aku yang selalu lupakan-MU
ampunkan aku yang sentiasa tertipu dengan helah-helah mereka yang juga leka
ampunkan juga dosa-dosa kedua ibubapaku
mereka terlalu baik untuk ku, mereka terlalu sempurna untukku
maafkan aku kerana tidak menghargai mereka
maafkan aku kerana telah membuat mereka menitiskan air mata kerana kejahatanku
ampunkan dosa-dosa umat ISLAM , YA ALLAH
ampunkan mereka kerana mereka tidak sedar yang mereka masih ada ALLAH dan TUHAN
yang selalu membuka pintu taubat untuk mereka
ampunkan mereka YA ALLAH
ampunkan aku kerana telah mencintai seseorang lebih dari KAU
ampunkan segala dosa-dosaku YA ALLAH



Wednesday, 26 May 2010

al-fatihah

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Itulah yang mampu diucapkan apabila mendapat berita pemergian Nur Nazihah sebentar tadi. Moga penderitaannya akan dibalas dengan haruman syurga dan moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Takziah buat keluarga Nazihah. Moga mereka dikurniakan ketabahan hati untuk menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.


*****
Walaupun tidak begitu mengenali allahyarhamah, -lady in veil- tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan allahyarhamah yang masih muda, sudah tiada. Begitulah, ajal tidak mengenal usia. Dan setiap yang hidup akan pergi jua. Masa kita akan tiba jua. Soal cepat atau lambat, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin esok?..lusa?..atau di hari tua.
Moga kita dikurniakan iman yang teguh hingga ke akhirnya.


Monday, 24 May 2010

Kursus Intensif Lingkaran Asia Timur (KILAT)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

insyaAllah pada cuti summer bulan 8 nanti, satu program untuk pelajar Islam yang menuntut di Korea, Jepun dan China akan dijalankan di Malaysia. Program Kilat mempunyai 2 sesi dimana sesi pertama pada 4hb ~ 8hb Ogos 2010. Sesi kedua pada 20hb ~ 24hb Ogos 2010. Oleh itu, dengan tangan terbuka, kami menjemput anda untuk hadir mengikuti program ini. Semoga ianya dapat merapatkan ukhuwah diantara pelajar2 yang menuntut dinegara Asia Timur disamping bersama2 menimba ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://kilat10.blogspot.com/

Monday, 17 May 2010

Daurah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Pada 21 dan 22 Mei 2010, AMIR KOREA akan menganjurkan Daurah Kasih Sayang (versi 2) khusus untuk akhawat di bumi Korea Selatan.


Setelah menghempas pulas memerah akal fikiran untuk menimba ilmu duniawi, mari sama-sama berkongsi ilmu ukhrawi~. Disamping menghirup udara segar boleh juga merapatkan silaturahim sesama
akhawat korea <3<3


Tentatif program:

Peserta diharap dapat berkumpul di depan lottemart 청량리 Station (exit 5) pada Jumaat 21 Mei, jam 09.30 pagi .

Jumaat, 21 Mei 2010

09.30 am : Berkumpul untuk bertolak ke destinasi

12.00 pm : Pendaftaran peserta

12.30 pm : ISOMA - (Istirehat, Solat & Makan Tengah hari)

01.30 pm : Ice Breaking

02.00 pm : Slot 1

04.00 pm : Slot 2

06.00 pm : Riadah & minum petang

07.00 pm : ISOMA - ( Istirehat,Solat & Makan Malam)

09.00 pm : Slot 3

11.00 pm : Tidur (Al-Mulk)


Sabtu, 22 Mei 2010

04.00 am : Solat Subuh - Al-Ma'thurat, Tazkirah

06.00 am : Riadah Pagi

07.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi

08.30 am : Slot 4 & Rumusan

12.00 pm : ISOMA - ( Istirehat, Solat & Makan Tengah hari)


Kita akan bergerak pulang pada jam 1, hari Sabtu 22 Mei.


~*~* Merintih manfaat ukhrawi, memperoleh manfaat duniawi ~*~*

Sunday, 16 May 2010

Dakwah bukan untuk orang MALAS

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting' yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. "saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. "amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"


p/s: untuk peringatan kita bersama :)

******************************************************************************

entry dicopy paste dari blog muntalaq, http://muntalaq.wordpress.com/ , 16may2010

gambar dari, http://muslimultimedia.deviantart.com/art/Muslimah-89132481 , 11mei2010

******************************************************************************

Wednesday, 12 May 2010

Make a prayer

O people

In a hut made of tin and clay

A small boy dreams away

Of clean water and a meal a day

And not to fear mines as he plays each day


O people

Somewhere dark and out of the way

Aids has found yet another prey

To save his life he just couldn't pay

Tell me what we're going to do


For our brothers in Durban

For our sisters in Darfur

Show me what we're going to do

Are we just going to sit there?

Nice and cosy on our armchairs

Will we not even make a prayer?


You might ask yourself

Why should I help these people?

They'll tell you why

We're not so different from you

We have dreams just like you

But they were buried with the

bodies of our loved ones


O people

Are we deaf, dumb, and blind?

What is going through our minds?

Don't we care for the rest of mankind?


O people

We claim to love peace and justice

Why do we preach what we don't practice?

Let's help them out of this darkness


Tell me what we're going to do

For our brothers in Ethiopia

For our sisters in Rwanda

Show me what we're going to do

Are we just going to sit there?

Nice and cosy on our armchairs

Will we not even make a prayer?

******************************************************************************

gambar diambil di link http://stix2000.deviantart.com/art/For-Palestine-130063339 , 11mei2010

******************************************************************************


Milikilah Sifat Malu

Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari)


Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”
(Sahih Muslim No.50)


Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”
(Sahih Muslim No.53)



Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. Just Do It antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.


Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.

Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.

dipetik dari : http://www.iluvislam.com

Wednesday, 5 May 2010

masa akan menjadi singkat



Nabi saw telah bersabda yang bermaksud :

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".

H.R.Termizi




- lady in veil- pernah menulis tentang masa dan waktu sebelum ini.

Masa ibarat pedang. Akhir-akhir ini, memang begitu terasa perjalanan masa yang begitu cepat.

Pernah tak pembaca semua terasa seakan-akan sungguh sibuk tetapi tidak faham dan tidak tahu apa yang sebenarnya disibukkan.
Bangun pagi, belum lagi berbuat sesuatu, tiba-tiba masuk waktu tengahari dan tak lama kemudian petang pula menjelma. Cepat sangat sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan.

Menurut Imam al-Karmani, apa yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ialah dicabut keberkatan daripadanya. Jika dulu, kita merasakan dalam sehari kita dapat menyelesaikan banyak perkara. Tetapi sekarang, walaupun dalam jangka masa yang sama, 24 jam, hanya sedikit perkara yang dapat diselesaikan.

Ini adalah satu petanda bahawa kiamat sudah hampir. Oleh itu, marilah kita gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Sesibuk manapun , jangan lupakan solat dan bacaan Al-Quran kerana perkara itulah yang akan membantu kita di hari perhitungan nanti.

-salam sayang dari lady in veil-