kunjungi laman baru kami...

Thursday, 1 April 2010

April Fool???

Teringat sewaktu di bangku sekolah dulu, selalu juga membuat helah, lawak dan macam-macam lagi pada 1 April. Waktu itu tidak terdetik untuk mengkaji tentang April Fool kerana dalam fikiran ia hanyalah suatu hari yang diraikan di seluruh dunia.

Namun, pada suatu hari, -lady in veil- terbaca kisah kisah sebenar di sebalik April Fool ni.
Barulah hati ini menyesali dan menginsafi perbuatan dulu yang hanya mengikuti budaya barat yang dikatakan sebagai trend.

Mungkin ramai yang dah tau tentang April Fool ini. Tetapi -lady in veil- sengaja ingin berkongsi di sini sebagai peringatan kepada kita semua.


********************************************************************************************

April Fool mula diraikan ketika kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487.
Sewaktu perang salib, satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki tentera kristian dan Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki.
Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Ketika jalan-jalan mulai sepi dan dipenuhi mayat yang bergelimpangan, tenetra salib masih tidak berpuas hati dan berazam untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol.
Mereka bersepakat membuat helah dan dengan lantang membuat pengumuman bahawa penduduk Islam boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam yang curiga dengan tawaran tersebut pergi ke pelabuhan dan melihat kapal yang dimaksudnya. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, mereka segera bersiap-siap untuk berlayar meninggalkan Granada.

Keesokannya pada 1 April, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah dengan membawa semua barangan lalu menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera salib tersebut bertahan dan terus bersembunyi dalam rumah-rumah mereka.
Setelah penduduk Islam memenuhi pelabuhan, tentera salib dengan pantas menggeledah dan membakar rumah-rumah yang ditinggalkan. Penduduk Islam yang masih bersembunyi di dalam rumah juga turut dibakar bersama-sama rumah mereka.

Tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan membawa keluar penduduk Islam. Penduduk Islam yang kebanyakannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Tentera salib yang tidak berperikemanusiaan itu mengepung dan membunuh mereka seorang demi seorang sehingga bumi Granada dibanjiri darah. Ada yang disembelih, dibantai, ditikam dan bermacam-macam lagi. Laut yang biru bertukar menjadi merah kehitam-hitaman dan suara tangisan dan laungan takbir semakin lama semakin tidak kedengaran.

***********************************************************************************************

Tragedi 1 April 1487 inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian sebagai “The Aprils Fool Day”. Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi berdarah yang sangat menyedihkan.


Oleh itu, kita tidak sepatutnya turut sama meraikan April Fool ini.
SAY NO TO APRIL FOOL!

-lady in veil-

3 comments:

lavender said...

JZKK .pengisian tentang april fool ni. mmg ttak tahu nk jawab ape bila org tye pasal sambutan april fool ni .hhuhu

humble me said...

syukran dkt lady in veil
sedih tau kisah sebenar :(

GiHeartIslam154 said...

terima kasih atas info yg diberikan. pengajaran buat kita semua supaya tidak terikut-ikut dengan budaya barat