kunjungi laman baru kami...

Friday, 30 April 2010

air mata



wanita tidak dapat dipisahkan dengan air mata. fitrah semulajadi wanita itu mempunyai hati yang lembut dan mudah mengalirkan air mata.

sewaktu melayari laman iluvislam ,
-lady in veil- terjumpa artikel berkenaan air mata.
moga kita sama-sama mendapat iktibar dari penulisan ini dan moga air mata kita bukan air mata yang sia-sia tapi air mata yang mendapat keberkatan Allah s.w.t.

******************************************************************


PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:


1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.




Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Tuesday, 27 April 2010

10 Sebab Doa Terhijab


“Wahai Ibrahim Ibn Adham,kami telah berdoa kepada Allah..tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.Beritahu kami apakah sebabnya?”.Ibrahim menjawab: “terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1. Kamu mengenali Allah,tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu mendakwa bahawa iblis itu musuh kamu,tetapi menurut hasutannya.

4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah S.A.W,tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5. Kamu mendakwa mencintai syurga,tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6. Kamu mendakwa membenci neraka,tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7. Kamu mendakwa mati itu benar,tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain,tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9. Kamu makan rezeki Allah,tetapi kamu lupa mensyukurinya.

10. Kamu mengebumikan jenazah saudaramu,tetapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

Monday, 26 April 2010

Mana Milik Kita?


Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Alhamdulillah...alhamdulillah...marilah kita sama2 bersyukur kepadaNya.....cukup mendalam lirik lagu ni kn kwn2? InsyaAllah klo kita sentiasa bertawakal dan bersyukur kepadaNya tiada istilah putus asa dan berbangga dlm diri kita (*-*)

SEGENGGAM TABAH - IN TEAM



Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

***********************************************

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir.

Teruskan perjalanan. InsyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Saturday, 24 April 2010

wahai hamba!



Wahai kaumku…!

Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.

Wahai kaumku…!

Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.

Wahai hamba…!

Tiada sesuatu pun di sini kecuali al-Khaliq. Jika engkau bersama al-Khaliq maka engkau adalah hamba-Nya, dan jika kamu bersama makhluk-Nya, maka kamu adalah hamba mereka, hingga engkau dapat membuang ketandusan dan kegersangan di hatimu serta mencerai-beraikan semuanya dari hatimu. Apakah kamu tidak tahu, bahawa orang yang mencari Allah akan berpisah dengan semuanya itu. Sudah cukup jelas, bahawa segala sesuatu dari makhluk adalah hijab antaranya dengan Khaliq.

Wahai hamba…!

Janganlah kamu bermalas-malas, kerana selamanya kemalasan itu akan membuatmu terhalang dan akan menimbulkan penyesalan di dalam hatimu. Oleh itu perbaikilah pekerjaanmu, sementara Allah telah berbuat baik kepadamu, di dunia mahupun di akhirat.

Disampaikan oleh Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani
Di Madrasah al-Ma’murah, Ahad, 10 Syawal 545H
(Rujukan : Fathur-Rabbani)

Thursday, 22 April 2010

ajal datang bila-bila masa

sewaktu mencari-cari video islamik di lama youtube, -lady in veil- terjumpa video tentang kematian..

video pertama, seorang lelaki muslim yang meninggal sewaktu selesai solat dan video kedua, seorang imam yang dicabut nyawanya ketika sedang menyampaikan khutbah..
masyaALlah sangat tenang pemergian mereka dan sungguh bertuahnya mereka kerana pergi pada saat yang begitu baik.

-lady in veil- juga terjumpa video yang menunjukkan saat kematian seorang pelacur yang baru sahaja selepas berzina..Ya ALlah sangat ngeri mendengar teriakan, tambah-tambah apabila melihat urat-urat muka yang tersembul dan warna muka bertukar kehitaman. sakitnya sakaratul maut dan sangat buruknya waktu terakhirnya.

video terakhir yang -lady in veil- lihat adalah kematian seorang lelaki ketika sedang bermain bola. meronta-ronta dirinya seolah-olah sedang berhadapan makhluk yang sangat besar sebelum dia kelihatan tidak bernyawa lagi.

-lady in veil- insaf. ajal itu ditangan tuhan. malaikat maut datang tidak kira tempat, masa dan usia.

bagaimanakah jika tiba-tiba nyawa diambil di saat -lady in veil- menulis blog ini?
atau bagaimanakah pula pengakhiran hidupku nanti?
sewaktu solatkah atau sewaktu belajarkah?
atau sewaktu keluar bersama teman?
atau sewaktu berniat mahu melakukan kejahatan? nauzubillah..
cukupkah bekalan selama ini?
sempatkah aku bertaubat sebelum malaikat maut menjelma?
dapatkah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir?
bersediakah untuk menghadapi sakaratul maut yang tak terbayang kesakitannya?

bersediakah untuk di soal oleh munkar dan nakir di dalam kubur?



Ya Allah, kurniakanlah hati-hati ini iman yang sempurna, hati yang sentiasa mengingati dan mentaati perintah-Mu. ampunkanlah kesalahan yang kami lakukan baik yang kami sedari ataupun tidak. matikanlah kami dalam iman dan kurniakanlah kami pengakhiran yang baik. serta jauhkanlah kami dari azab kubur dan siksaan neraka.
Amin Ya Rabbal Alamin.........

salam sayang dari
-lady in veil-

Wednesday, 21 April 2010


- Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai
sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.-

-Orang yang membenarkan kejahatan, beerti sudah berbuat jahat.-

-Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari
kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.-

Friday, 16 April 2010

::Exam mood::

selamat menduduki peperiksaan kepada rakan2 dan pembaca KK ^^,

p/s= stop kejap buat sukjae(homework), n edit2 gamba =P

Monday, 12 April 2010

selemat menempuh peperiksaan

Assalamualaikum akhawat semua.

Memandangkan peperiksaan pertengahan semester sudah hampir menjelang, semuanya pasti sedang sibuk menyiapkan diri dengan nota-nota, latihan dan ulangkaji.
Semoga usaha kita diberkati dan kejayaan menjadi milik kita. InsyaAllah

Disamping usaha, jangan lupa memohon doa bertawakkal kepada Allah.
USAHA+DOA+TAWAKAL = INSYAALLAH BERJAYA



SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN!

Friday, 9 April 2010

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

DEMI MASA - RAIHAN
Demi masa...

Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati



Wednesday, 7 April 2010

horoskop


"saya leo, awak pula bintang apa?"..soalan sebegini selalu didengari tambah-tambah lagi di kalangan golongan muda.
jika dilihat sekarang, ramalan zodiak banyak disajikan di media massa dan majalah. malah laman sosial seperti facebook,my space dan macam-macam lagi menyediakan kuiz berunsurkan ramalan.
-ketahui personaliti melalui zodiak, sifat peribadi, ramalan nasib bulan-bulan.- lady in veil juga pernah satu dua kali klik link-link tersebut. "saja suka-suka, bukannya percaya pun" itulah yang selalu menjadi alasan.

tetapi, sebenarnya walau sekadar untuk suka-suka, berdasarkan ulasan ulama' Yusuf al-Qardawi solat orang yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau SMS tidak akan diterima Allah selama 40 hari. masyaAllah

kenapa solat tidak diterima walaupun kita tidak mempercayai ramalannya?

Perbuatan membaca ramalan bintang ini sama seperti berjumpa tukang ramal dan perkara sebegini membawa kepada syirik.

diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya .

(hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

Hukum sihir telah jelas adalah HARAM dan membawa kufur dan terbatalnya iman.

Perbuatan ini juga bukan saja merosakkan aqidah tetapi juga aspek psikologi dan menyebabkan hidup tidak keruan kerana pengaruh ramalan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan hidup sehari-sehari.
Contohnya, ramalan hari ini mengatakan kita akan tergelincir dari tangga dan perlu berhati-hati. Mungkin kita pada hari itu menjadi agak takut untuk menaiki tangga dan disebabkan terlalu berhati-hati, akibatnya kita akhirnya tergelincir juga di anak tangga.

Lihatlah, apabila kebetulan perkara yang diramalkan itu benar-benar berlaku, daripada suka-suka ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan kita terjatuh ke lembah kepercayaan karut ini. nauzubillah..

Bilakah dan dari manakah bermulanya kepercayaan horoskop ini?

Kepercayaan horoskop ini berasal dari mesopotamia , terletak di antara sungai Tigris dan Euphrates di Iraq dan merupakan daerah asal masyarakat Babylon.
Bermula sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi, kepercayaan dan amalan itu berkembang sehingga dikenali sebagai horoskop yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

Contoh, bintang Capricorn untuk mereka yang lahir antara tanggal 22 Disember hingga 20 Januari. Menurut mitos yunani, lambang bintang itu adalah kambing yang bernama Almateus. Kambing ini pernah memberi air kepada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika itu. Bagi mengenang jasa Almateus, kambing itu dijadikan bintang dan bercahaya di langit.

Sebagai umat Islam, mari kita renung sejenak.
Kenapa kita perlu fikirkan tentang 'kambing' sedangkan banyak lagi perkara bermanfaat yang perlu kita fikirkan?

Mulai sekarang, marilah kita sama-sama menjauhi amalan membaca ramalan ini walaupun untuk suka-suka kerana melalui amalan yang kecil inilah sebenarnya menyebabkan kita terjerumus ke dalam dosa besar. percayalah, sesuatu itu tidak akan terjadi melainkan dengan kehendaknya.

-salam sayang dari lady in veil-

파밀리 떳다!!~~


Assalamualaikum w.b.t~

Sempena musim bunga yang cantik dan berwarna warni ini, akak2 nak mengajak adik2 yoja batch 10 yang baru jer sebulan lebih berada di korea ni untuk jalan2 di yoeido kongwon pd 10 April bersamaan sabtu, jam 2 petang ini~~
Sambil2 menikmati kecantikan dan mentadabbur alam ciptaan Allah s.w.t ni, mari same2 kite rapatkan ukhuwah dgn bermain game~~! opss! tak lupe jg, makan tengahari akan kami sediakan. bile lagi nk rase masakan kakak2 ni =P
jom datang~~ :)

Saturday, 3 April 2010

Hari-hari Terakhir

HARI-HARI TERAKHIR
Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:
Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.
Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.
Anakanda itu menangis.
Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.
Fatimah ketawa.
Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”
Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!”
Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?”
Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!
“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!
Aku menangis…
Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!
Aku ketawa”
Sesungguhnya…
Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!
DETIK SEMAKIN HAMPIR
Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.
Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.
Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.
“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.
Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:
Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.
Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!
Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.
Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.
Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.
Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!
Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”
Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.
Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.
Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]


Petikan daripada Syababul Hanifah

Friday, 2 April 2010

dakwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt kepada pembaca KK sekalian.. apa khabar iman semua hari ini? semoga sentiasa berada dalam ketinggian iman

Suka lavender ingin berkongsi dengan semua hasil perjumpaan KITA dengan seorang ustazah suatu ketika dahulu..

bila sebut pasal dakwah, tidak semua yang faham apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik dakwah itu sendiri. dan tidak semua tahu bahawa dakwah itu WAJIB dilakukan oleh semua umat Islam pada waktu ini..

Dakwah itu..

1. Bukan kerja sukarela, tetapi suatu kewajipan
- kita kene juga berusaha untuk berdakwah. cth: solat. even tak larat sekalipun, kena jugak berusaha tanpa henti walau sehebat mana rintangan.
- kerja dakwah kerja yang paling ALLAH suka
- sebagai analogi,hendaklah jadi seperti pokok, tapi pokok yang mencampakkan buahnya
- dakwah ada 2 tujuan :
1. dapatkan hasilnya
2. tunaikan kewajipan
( kalau tak dapat yang pertama, jangan hilangkan matlamat kedua )

2. Rasa izzah
- maksudnya, rasa mulianya kita memiliki Islam, rasa untungnya memiliki Islam
- ajak mereka tahu agama kita semulia-mulia kedudukan

3. Sedaya upaya jadikan diri Qudwah Hasanah
- surah As Saff : 2
[ Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! ]
- janganlah amalan bercanggah dari apa yang diseru

4. Dakwah mestilah ikhlas
- jangan harapkan selain keredhaan ALLAH
- jujur dalam penyampaian, bercakap benar untuk menarik perhatian
- mestilah bersabar, berlemah lembut
- jangan kutuk atau kritik mana-mana pihak

5. Berusaha sedaya upaya hafaz Al Quran dan Hadith
- supaya mudah untuk terangkan apa yang kita sampaikan jika orang bertanya alasan
- fahami sirah nabi, mujahid , dan ambil iktibar
- elok jika ada buku catatan untuk kisah2 nabi,ayat alQuran, hadith dsbg.

6. Sentiasa mempunyai keyakinan mendalam bahawa ALLAH sentiasa tolong kita
- kerja untuk ALLAH, dan ALLAH pasti akan tolong kita
- jangan kecewa, putus asa

7. Uslub ( cara kita berdakwah )

1. guna cara bijaksana: nasihat yang baik, berdialog dan berbincang secara baik

2. sentiasa bercakap benar walaupun pahit- semata2 nak orang suka , kita kena cakap benar dan jika salah harus mintak maaf

3. mula dengan taaruf [ tengok benda apa madu` suka, bicara pada akal dan perasaan, bangkitkan perasaan ]

4. tahap penyampaian
- ikut step= terangkan kewujudan ALLAH, hakikat kehidupan di dunia ( matlamat )
- yakinkan Islam satu manhaj hidup
- kembalikan daulah Islam

5. sentiasa optimis bahawa masa depan adalah milik Islam
- ingat janji ALLAH, Islam akan menang sebelum kiamat
- ISlam itu fitrah

6. review pendekatan
- matlamat tidak boleh tukar, cara kena tukar
- jangan berhenti berdakwah
- jangan buat berkala/ bermusim - istiqamah hingga akhir hayat

wallahua`lam.

Thursday, 1 April 2010

April Fool???

Teringat sewaktu di bangku sekolah dulu, selalu juga membuat helah, lawak dan macam-macam lagi pada 1 April. Waktu itu tidak terdetik untuk mengkaji tentang April Fool kerana dalam fikiran ia hanyalah suatu hari yang diraikan di seluruh dunia.

Namun, pada suatu hari, -lady in veil- terbaca kisah kisah sebenar di sebalik April Fool ni.
Barulah hati ini menyesali dan menginsafi perbuatan dulu yang hanya mengikuti budaya barat yang dikatakan sebagai trend.

Mungkin ramai yang dah tau tentang April Fool ini. Tetapi -lady in veil- sengaja ingin berkongsi di sini sebagai peringatan kepada kita semua.


********************************************************************************************

April Fool mula diraikan ketika kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487.
Sewaktu perang salib, satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki tentera kristian dan Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki.
Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Ketika jalan-jalan mulai sepi dan dipenuhi mayat yang bergelimpangan, tenetra salib masih tidak berpuas hati dan berazam untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol.
Mereka bersepakat membuat helah dan dengan lantang membuat pengumuman bahawa penduduk Islam boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam yang curiga dengan tawaran tersebut pergi ke pelabuhan dan melihat kapal yang dimaksudnya. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, mereka segera bersiap-siap untuk berlayar meninggalkan Granada.

Keesokannya pada 1 April, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah dengan membawa semua barangan lalu menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera salib tersebut bertahan dan terus bersembunyi dalam rumah-rumah mereka.
Setelah penduduk Islam memenuhi pelabuhan, tentera salib dengan pantas menggeledah dan membakar rumah-rumah yang ditinggalkan. Penduduk Islam yang masih bersembunyi di dalam rumah juga turut dibakar bersama-sama rumah mereka.

Tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan membawa keluar penduduk Islam. Penduduk Islam yang kebanyakannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Tentera salib yang tidak berperikemanusiaan itu mengepung dan membunuh mereka seorang demi seorang sehingga bumi Granada dibanjiri darah. Ada yang disembelih, dibantai, ditikam dan bermacam-macam lagi. Laut yang biru bertukar menjadi merah kehitam-hitaman dan suara tangisan dan laungan takbir semakin lama semakin tidak kedengaran.

***********************************************************************************************

Tragedi 1 April 1487 inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian sebagai “The Aprils Fool Day”. Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi berdarah yang sangat menyedihkan.


Oleh itu, kita tidak sepatutnya turut sama meraikan April Fool ini.
SAY NO TO APRIL FOOL!

-lady in veil-